previous entry was after raya puasa..today, dah berlalu pon raya haji
jangan tanya kenapa, sebab jawapannya nanti tidak wajar dicontohi..hihi
tergerak nak menaip ni sebab teringat kat syakir
hari ni dia start exam..ala exam bdk 5 tahun je pon
tapi biasa la mak yg over ni mestilah over risau jgk
ntah boleh ke idak dia jawab paper sains hari ni
semalam sempat la study skit2
dalam nak exam pon teacher masih bagi homework yang banyak
kesian plak tgk budak2 sekarang
tapi kalo tak buat kang, anak kita tertinggal plak..haihhh
nak taknak kita follow the flow jela...
*dilema seorang ibu*
oh, anak teruna sulung saya tu baru je menyambut hari ulang tahunnya yg ke-5 pada 15 oktober yang lepas
aah, kebetulan jatuh pada hari raya qurban
rezeki dia la dapat sambut birthday kat umah Opah bersama kazen2nya
siap dpt 2 kek lagi, satu mama (kakak ipar i) buat, satu lagi Opah beli
berbalik kepada cerita raya korban
alhamdulillah saya dan suami ada rezeki masuk untuk korban tahun ni
macam biasa kami hantar ke Kemboja melalui program Al-Ameen
pertama kali kami ikut program Al-Ameen masa buat aqiqah syakir
diteruskan dengan aqiqah syafiq dan seterusnya korban utk diri kami sendiri
kami yakin, melalui Al-Ameen sedekah aqiqah/korban akan sampai kepada mereka yang lebih memerlukan, insyaAllah..
selain tu, yang menariknya jika mengikuti program korban/aqiqah Al-Ameen ni, sijil akan diberikan
dalam sijil tu dinyatakan tempat/ masjid ibadah korban itu dilaksanakan
jadi, kita pon rasa konfiden kan
contoh sijil aqiqah syafiq
masa buat aqiqah syakir dan syafiq, selain sijil mereka juga sertakan set buku utk kanak2 (tak ingat tajuk)
dan juga kursus percuma (pelbagai tajuk) diberikan kepada peserta korban/aqiqah (worth RM300++)
kalau kita sendiri nak join tgk korban kat sana pon boleh
mestilah ada caj pengankutan dan penginapan kan
tapi kalau ada rezeki lebih seronok jgk dapat pergi sama
boleh jgk tengok sendiri kesusahan saudara sendiri di negara lain
banyak yang kita dapat selain menunaikan ibadah korban/aqiqah melalui Al-Ameen
suami saya bercadang untuk wakaf perigi pulak jika ada rezeki nanti
insyaAllah....
kalau ada sesiapa yang berminat boleh rujuk http://www.korbanaqiqah.com.my/bmportal/
amboih, panjangnya cerita harini
asalnya nak story pasal syakir je
terus meleret sampai ke Al-Ameen
semoga ape yang dikongsi membawa manfaat kepada si pembaca
tiada niat lain hanya untuk berkongsi
selamat bekerja kawan2..
p/s : nak selit cerita kait pon tak sempat dah..next entry kot