03 April 2013

Homeschool Activity : Caterpillar Paper Chain

aktiviti ini inspired by Mamahomeshool

masa google2 terjumpa di SINI


aktiviti simple ini boleh develope fine motor skill anak2

apa itu 'fine motor skill'?

ok saya, brief secara general hasil google definasi motor skill ye

ikut pemahaman saya, motor skill bermaksud perbuatan/pergerakan yg terhasil daripada pergerakan muscle

dan motor skill itu terbahagi kepada 2 jenis 

pertama, gross motor skill iaitu melibatkan pergerakan tangan, kaki atau keseluruhan badan yang menggerakkan muscle yang lebih besar

contohnya, berjalan, berlari, berenang, merangkak..etc.

kedua, fine motor skill iaitu pergerakan kecil yang melibatkan pergerakan muscle yg sedikit di tapak tangan, jari, pergelangan tangan, tumit, bibir dan lidah

contohnya, memegang sudu untuk makan, memegang pensil untuk menulis, mengutip barang menggunakan ibu jari dan jari telunjuk..etc.

untuk aktiviti membuat caterpillar paper chain, ia melibatkan beberapa fine motor skill iaitu, memegang dan menggunting kertas, picit gam untuk melekatkan kertas dan memegang pen untuk melukis mata dan mulut caterpillar

sebenarnya inilah kali pertama syakir dibenarkan memegang gunting

biasalah, mak yang risau terlebih

patutnya diusia lebih awal anak2 dah boleh didedahkan dengan skill ni

yang penting mesti di bawah pengawasan ibu bapa

untuk syakir, better late than never kan abang..

untuk kali pertama memang nampak kekok sangat syakir pegang gunting

tapi selepas beberapa kali beraktiviti alhamdulillah..syakir dah pandai menggunting kertas ikut line (proud ibu!!)



  
gambar di atas adalah aktiviti pertama kami buat caterpillar

ibu die yg banyak tolong sebenarnya

tak cantik mana pon

itu tak penting, yang lebih penting syakir learns something drpd aktiviti ini

so ibu2, jom cuba!!


29 March 2013

Mr. Owl

      I'm in love with you, Mr. Owl..



 

14 March 2013

Azam 2013

dah masuk bulan 3 baru nak cite pasal azam 

tak..sebenarnya takde azam baru pon

masih meneruskan azam tahun2 lepas yg tak tercapai2 lagi

cuma pasang niat tahun 2013 ni nak ber'homeschool' atau beraktiviti bersama anak2

memandangkan syakir pon dah masuk 5 tahun dan bertadika secara serius

eloklah maknya pon involve sama dalam pembelajarannya 

mungkin mcm dah terlewat tapi, better late than never kan..
 
as a start, saya telah beli black/whiteboard di ikea

ini konon2 kelas kami


budak 2 org ni suka sgt dapat menconteng 

dan yg paling bestnye, diorang x berebut dan berperang

lega..kalo tak kena beli lagi satu *pengsan*

seterusnya, saya telah menyediakan jadual utk pembelajaran mereka

macam2 saya plan dalam kepala utk mereka

tapi, tapi..

2 bln pertama tahun baru sgt2 sibuk di ofis

jadi saya terpaksa tangguhkan niat homeschool sementara

sbb bila balik umah kepala dan badan penat sgt

sehinggalah baru2 ini saya terbaca sesuatu di facebook 

yang buat semangat saya datang balik

dan kebetulan bulan 3 kerja dah beransur kurang

bolehlah meneruskan rancangan asal itu

cuma saya telah ubah skit plan itu

dimana saya tidak tetapkan sebarang jadual

saya akan cari modal beraktiviti  setiap hari sblm balik kerja

dan peruntukkan 1 jam selepas tiba ke rumah hingga maghrib

aktiviti petang adalah dalam bentuk craft dan mengasah 'motor skill'

dan waktu malam selepas maghrib aktiviti siapkan homework bersama ayah mereka

sementara saya akan masak utk mkn malam

memang saya terpaksa masak lewat skit

tapi sekurang2nya saya telah luangkan masa berkualiti dgn anak2

saya sangat puas hati!!

nak tau apa aktivitinya?

next entry la ye...

 

08 March 2013

kait-topi-baju-alas meja

salam jumaat...

amcam ok tak template baru?

warna warni gitu..

sebenarnya hari ni nak cerita pasal aktiviti homeschool kecil-kecilan saya dgn anak2

xde la fulltime macam MAMAHOMESCHOOL tu

part time pon rasanye tak jgk

tapi...gambar semua tak transfer lagi

jadinye, hari ni cuci mata dengan hasil2 crochet sepanjang saya menyepi haritu jelah ek







26 February 2013

Rindu

rindu nak menulis dalam blog

dah 2 bln ditinggalkan without any entry

follower pon dan unfollow gamaknye (perasan mcm ramai follower :p)

sangat bz di opis lately

try to keep update thru my phone at home

but..but..bila sampai rumah my phone dah jd kepunyaan org lain

erti kata anak2 'konker' phone utk main game, tgk pocoyo, etc..

nak berwatssupp dgn kawan2 pon tak berkesempatan

nasib baik sempat update IG and FB dalam komuter..hihihi

ok, cannot talk too much

macam2 menunggu atas meja utk di 'clear' kan

mata pon dah sakit tgk meja sendiri

saje singgah sini utk bagitau dunia mom4u masih wujud...

sekian

17 December 2012

Homeschool anyone??

ini bukan entry tutorial

tutorial masih level angan2 lagi..hihihi

cuma kali ni kongsi blog yg saya jumpa masa google2 pasal homeschool

tak...saya tak mampu nak homeschool anak saya sendiri

sbb ekonomi keluarga memerlukan saya bekerja

tapi saya sangat kagum dengan tuan punya blog Mama Homeschool

beliau berjaya homeschooling anak2nya dengan cemerlang

pada saya tidak semua ibu mampu melakukan apa yang beliau lakukan

mengasuh dan megajar anak sepenuh masa tanpa perlu ke tadika

dan yang paling penting anak2 tidak tercicir atau ketinggalan dengan anak2 lain yang ke tadika

sangat KAGUMMM!!!

bila baca blog beliau rasa macam nak resign dan duduk umah ajar anak sendiri

tapi....mampukah??

kalau tak mampu fulltime kita buat part time ye dak?

cedok idea ibu2 yang buat homeschool untuk kita beraktiviti dengan anak2 sendiri

syakir dan syafiq, lets do it!!!!



cuci kereta pon kira homeschool kan? :p



05 December 2012

What u know about crochet?


sblm tu nak tanya camne korang nak pronounce CROCHET?

adakah kro-cet?

atau cro-cet?

atau lain-lain?

saya menyebutnya kro-cet pada mulanya

sehinggalah bila saya dah berjinak2 dgn tutorial dlm u-tube 

barulah saya tau sebutan yang sebenarnya adalah....

KRO-SHEI...

sedap kan bunyinye?

berbalik kpd soalan di atas

saya sendiri pon tak tau sangat asal usul crochet ni

yang saya tau crochet adalah salah satu jenis kaitan

org kita panggil mengait menggunakan jarum 1

berbeza dengan knit,   ia menggunakan 2 jarum

jarum yang digunakan juga berbeza antara crochet dan knit

 

ini adalah jarum yang digunakan dalam crochet

mempunyai baaaaaaanyak size

semakin besar nombor size semakin besar cangkuknya

penggunaan jarum2 ini bergantung kpd jenis dan size benang

dan bergantung juga kpd benda ape yg kita nak kait

dalam projek crochet 2 item je kita perlu ada

jarum seperti di atas dan BENANG

ada 2-2 ni boleh la mulakan projek 

and of course la perlu tau basic ch, sc, hdc, dc ...etc

tak perlu masa yang lama nak belajar crochet ni sebenarnya

nak nak plak zaman skang semua dihujung jari

search je dalam u-tube berderet result yang keluar

yang penting perlu ada minat

sebenarnya saya teringin nak buat tutorial dalam bentuk gambar

yang menunjukkan step by step atau basic crochet untuk beginner

 dimana boleh menyumbangkan sesuatu yg berfedah dalm blog ni
 
zaman mengarut melalut dalam blog bagi saya dah berakhir

sbb tu kalo korang perasan saya jarang2 update blog

mcm hilang idea nak mengarut

tapi bila bercerita pasal crochet saya mcm bersemangat

walaupon saya tau saya tak terer mane pon

tapi bila dapat siapkan dan berkongsi di blog rasa mcm hepi giler

i think this is my true passion

so guys, please pray for me about the tutorial

hopefully its not "hangat-hangat tak ayam"

amin..

i'll end this entry with new baby cardigan  ordered by my friend

hopefully she like it