hari ke-4 di bulan Ramadhan
bulan di mana pahala digandakan utk setiap amalan
ramai yg berebut2 kutip pahala bulan ni
tapi ramai jgk yg masih leka dan tak terkesan dengan kehadiran Ramadhan
masih igt antara kata2 ustaz Azhar dalam ceramahnya "Puasa Ke Arah Membentuk Sahsiah Bertaqwa" pada 11 Julai yg lepas di CKUB
katanya lebih kurang, bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita melatih diri untuk persediaan 11 bulan yg seterusnya
contohnya, di bulan Ramadhan selain kita berpuasa kita akan menjaga mulut, mata, tangan dan kaki dr melakukan perkara2 yg boleh mengurangkan pahala puasa
di bulan ini juga bg mereka terutama org Malaysia yg sblm ni selalu ponteng solat akan menjaga solatnya supaya puasanya tidak menjadi sia2
kenapa org Malaysia je?
menurut ustaz, org Malaysia je utamakan puasa berbanding solat
kalau org Arab plak mereka lebih utamakan solat 5 waktu dr puasa
harap2 kita tergolong dalam org2 yg utamakan kedua2 nya ya!
sbb kedua2nya adalah Rukun Islam kan
kalau kita berjaya mengawal nafsu dan melatih diri di bulan ini dengan sepenuh hati
insyaAllah kita ade bekalan utk 11 bulan yg akan dtg
apakata kita buat target atau azam
contohnya, mulai Ramadhan ni saya tidak akan melengah2kan solat dengan sengaja (ehem, itu azamku sebenarnya)
atau mulai Ramadhan ini saya akan baca Quran setiap hari sekurang2nya 1 muka surat
kita mulakan dulu dgn yg mudah2 dulu
dan upgrade azam tu setiap tahun
nampak mudah kan?
selamat beramal !!!!