29 March 2013

Mr. Owl

      I'm in love with you, Mr. Owl..



 

14 March 2013

Azam 2013

dah masuk bulan 3 baru nak cite pasal azam 

tak..sebenarnya takde azam baru pon

masih meneruskan azam tahun2 lepas yg tak tercapai2 lagi

cuma pasang niat tahun 2013 ni nak ber'homeschool' atau beraktiviti bersama anak2

memandangkan syakir pon dah masuk 5 tahun dan bertadika secara serius

eloklah maknya pon involve sama dalam pembelajarannya 

mungkin mcm dah terlewat tapi, better late than never kan..
 
as a start, saya telah beli black/whiteboard di ikea

ini konon2 kelas kami


budak 2 org ni suka sgt dapat menconteng 

dan yg paling bestnye, diorang x berebut dan berperang

lega..kalo tak kena beli lagi satu *pengsan*

seterusnya, saya telah menyediakan jadual utk pembelajaran mereka

macam2 saya plan dalam kepala utk mereka

tapi, tapi..

2 bln pertama tahun baru sgt2 sibuk di ofis

jadi saya terpaksa tangguhkan niat homeschool sementara

sbb bila balik umah kepala dan badan penat sgt

sehinggalah baru2 ini saya terbaca sesuatu di facebook 

yang buat semangat saya datang balik

dan kebetulan bulan 3 kerja dah beransur kurang

bolehlah meneruskan rancangan asal itu

cuma saya telah ubah skit plan itu

dimana saya tidak tetapkan sebarang jadual

saya akan cari modal beraktiviti  setiap hari sblm balik kerja

dan peruntukkan 1 jam selepas tiba ke rumah hingga maghrib

aktiviti petang adalah dalam bentuk craft dan mengasah 'motor skill'

dan waktu malam selepas maghrib aktiviti siapkan homework bersama ayah mereka

sementara saya akan masak utk mkn malam

memang saya terpaksa masak lewat skit

tapi sekurang2nya saya telah luangkan masa berkualiti dgn anak2

saya sangat puas hati!!

nak tau apa aktivitinya?

next entry la ye...

 

08 March 2013

kait-topi-baju-alas meja

salam jumaat...

amcam ok tak template baru?

warna warni gitu..

sebenarnya hari ni nak cerita pasal aktiviti homeschool kecil-kecilan saya dgn anak2

xde la fulltime macam MAMAHOMESCHOOL tu

part time pon rasanye tak jgk

tapi...gambar semua tak transfer lagi

jadinye, hari ni cuci mata dengan hasil2 crochet sepanjang saya menyepi haritu jelah ek