22 March 2012

Aqiqah di Kemboja

cerita ni dah lama

tapi rasanye tak terlambat nak berkongsi kot

kami suami isteri telah sepakat utk membuat Aqiqah kedua2 anak teruna kami di Kemboja

dan alhamdulillah kami telah laksanakan

tiada majlis atau kenduri aqiqah yg meriah dilakukan cuma sedikit doa selamat dikalangan saudara mara

memandang rezeki kami mendapat 2 anak teruna

maka setiap seorang kami tumbangkan 2 ekor kambing

utk anak pertama kami, syakir, seekor disembelihkan di Ipoh dan daging dimasak oleh opahnye sendiri bersama nasi

siap dibungkus di dalam polisterin dan disedekahkan kepada penduduk kampung

manakala lagi seekor kami aqiqah di Kemboja utk disedekahkan pada anak2 di madrasah di Kemboja

berbeza dengan anak kedua, syafiq, kami buat aqiqah kedua2 ekor kambing di Kemboja

kami pernah menonton Majalah 3 suatu ketika dahulu tentang daifnya anak2 di madrasah di Kemboja, yang jarang dapat makan daging

ada di antara mereka yg hanya makan daging setahun sekali semasa sambutan hari raya korban sahaja

itupon hasil sedekah daripada daging korban/aqiqah oleh pihak yang prihatin

jadi kami suami isteri sepakat utk membuat aqiqah anak2 kami di sana melalui wakil yg bertauliah

dengan harapan semoga aqiqah yang kami buat utk anak2 kami mendapat keberkatan dr Allah

suami saya menguruskan urusan Aqiqah ini dimana die perlu bertemu dengan wakil yg akan ke Kemboja membawa hasrat kami

memandang suami bekas student UIA, die telah memilih utk menggunakan khidmat dari salah seorang Ustaz di UIA untuk urusan Aqiqah ini

setelah akad dan membuat bayaran, semua proses aqiqah akan diuruskan oleh ustaz tersebut

yang menariknya, kami diberi sijil penghargaan tanda terima kasih daripada pihak Kemboja

dan di sijil tersebut turut dinyatakan nama madrasah yang menerima daging aqiqah kami itu

ini adalah sijil yg diterima utk aqiqah syafiq

setiap ekor kambing disedekahkan ke madrasah yg berbeza

terbayang2 muka happy anak2 di madrasah tu dpt makan daging

alhamdulillah...


p/s : kecewa dengan sesetengah rumah anak yatim di Malaysia yang demanding..nak sedekah baju terpakai yg masih elok tapi ditolak mentah2..siap demand nak baju baru..dan ade juga yg membuang makanan yang disedekahkan oleh individu tertentu kerana terlalu banyak sgt dpt makanan yg disedekahkan.lebih baik sedekah kpd yg btol2 memerlukan

5 comments:

  1. syira, share skali contact no ustaz tu..
    bagus jugak kasik kat diorg kat sana
    berbanding ngan kat sini ni ha..
    tq in advance!

    ReplyDelete
  2. Bgsnye shira..alhamdulillah.. Smga mereka di sana gembira..betul tu shira,ayah aku pnh g kemboja n sedejah jt sane..sedih aku dgr cte knak2 kt sana..coklat pn berebut mntk..
    Aqiqah blh buat 2 kali tak eh? Faris da bt aqiqah...

    Ade eh rumah anak yatim yg demanding....br tau ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak silap aku aqiqah buat sekali..tp pastu kalau nak buat utk anak panggil korban la..tak panggil aqiqah dah,,kalu tak silap..sila rujuk pd yg pakar
      ade fiza, rumah anak yatim kat Ipoh..baju2 kami nak bagi diorang xmau..ade lagi simpan dlm kotak kat umah mak aku..kena cari tempat yg btol2 daif..sbb kebanyakan rumah anak yatim kat malaysia ni mewah2 sbb ramai sponser

      Delete
  3. Tak semua rumah anak yatim yang mewah di sini. Ada yang benar benar perlukan bantuan juga

    ReplyDelete