ini aktiviti paling senang
yang penting ada buku cerita
seeloknya buku cerita teladan atau kisah-kisah nabi
macam saya, saya memilih buku teladan yang simple2 dulu
cerita teladan yang tak lapuk di zaman
contohnya kisah anjing dan bayang2
pejam mata pon boleh cerita kat anak2 kan..hehehe
untuk bacaan anak2 pra sekolah ini eloknya carilah buku yang mempunyai tulisan yang besar dan sedikit
dan ilustrasi gambar yang besar dan menarik
budak2 lebih tertarik tengok gambar daripada tulisan (orang tua pon sama :p)
saya dah mulakan sesi Read It Loud ini dengan anak2
dan respond anak2 sgt bagus
mungkin jgk diorang terkejut tgk maknya bercerita beria2
siap gaya dan berintonasi bagai
diorang tak tau sebenarnya maknya masa sekolah amat le pemalu
nak bercakap kat depan pon menggeletar satu badan
ni depan anak2 bole le tunjuk bakat skit2..hehehe
melalui aktiviti ini, selain mengasah skill membaca, anak2 boleh berimaginasi menerusi gambar tersebut
ibu bapa juga boleh merangsang imaginasi anak2 dengan bertanya kepada anak2 apa yang dia nampak melalui gambar tersebut
kadang2 jawapan yang anak berikan diluar jangkaan kita, btol!!
selain itu, aktiviti ini juga boleh memupuk tahap keyakinan anak2
sebenarnya itu yang paling saya concern
kepada ibu2, selamat mencuba!!