03 April 2013

Homeschool Activity : Caterpillar Paper Chain

aktiviti ini inspired by Mamahomeshool

masa google2 terjumpa di SINI


aktiviti simple ini boleh develope fine motor skill anak2

apa itu 'fine motor skill'?

ok saya, brief secara general hasil google definasi motor skill ye

ikut pemahaman saya, motor skill bermaksud perbuatan/pergerakan yg terhasil daripada pergerakan muscle

dan motor skill itu terbahagi kepada 2 jenis 

pertama, gross motor skill iaitu melibatkan pergerakan tangan, kaki atau keseluruhan badan yang menggerakkan muscle yang lebih besar

contohnya, berjalan, berlari, berenang, merangkak..etc.

kedua, fine motor skill iaitu pergerakan kecil yang melibatkan pergerakan muscle yg sedikit di tapak tangan, jari, pergelangan tangan, tumit, bibir dan lidah

contohnya, memegang sudu untuk makan, memegang pensil untuk menulis, mengutip barang menggunakan ibu jari dan jari telunjuk..etc.

untuk aktiviti membuat caterpillar paper chain, ia melibatkan beberapa fine motor skill iaitu, memegang dan menggunting kertas, picit gam untuk melekatkan kertas dan memegang pen untuk melukis mata dan mulut caterpillar

sebenarnya inilah kali pertama syakir dibenarkan memegang gunting

biasalah, mak yang risau terlebih

patutnya diusia lebih awal anak2 dah boleh didedahkan dengan skill ni

yang penting mesti di bawah pengawasan ibu bapa

untuk syakir, better late than never kan abang..

untuk kali pertama memang nampak kekok sangat syakir pegang gunting

tapi selepas beberapa kali beraktiviti alhamdulillah..syakir dah pandai menggunting kertas ikut line (proud ibu!!)



  
gambar di atas adalah aktiviti pertama kami buat caterpillar

ibu die yg banyak tolong sebenarnya

tak cantik mana pon

itu tak penting, yang lebih penting syakir learns something drpd aktiviti ini

so ibu2, jom cuba!!


No comments:

Post a Comment