12 April 2013

Bacalah Anakku


 
Alhamdulillah, syakir dah khatam buku satu

terima kasih kepada kawan baik saya k.wati sbb bagi set buku Bacalah Anakku yang dulu milik anaknya

 kebetulan sekolah syakir menggunakan buku yang sama dalam pembelajaran

jadinya, senang maknya nak wat revision di rumah

saya sangat recommend buku ini pada ibu bapa yang masih tercari2 buku untuk mengajar anak membaca

buku ini menggunakan kaedah fonetik 

atau dalam bahasa inggeris panggil phonics

kaedah fonetik menekankan penguasaan hubungkait antara huruf dan bunyi-bunyinya

berbeza dengan zaman kita dulu yang menggunakan kaedah suku kata dan mengeja

yang mana anak2 zaman itu perlu mengenal huruf dan mengingat berpuluh2 pola suku kata

dalam kaedah fonetik kanak2 hanya perlu ingat bunyi huruf sahaja bukan mengenal huruf

dan ibu bapa juga perlu memainkan peranan supaya tidak ajar anak2 mengenal huruf tetapi mengenal bunyi huruf sahaja

kepada ibubapa yang bercadang menggunakan buku ini pastikan membaca buku panduan utk ibubapa/guru yang disertakan bersama terlebih dahulu 

buku ini juga sesuai dikenalkan kepada anak2 seawal 3 tahun

ada ibubapa yang berjaya mengajar anaknya membaca di usia 4 tahun

dengan bantuan buku Bacalah Anakku

respectlah!!


 

10 April 2013

Legaaaa..siap jgk akhirnya

Legaa...
Macam alihkan batu berat atas kepala
Pasni boleh concentrate pada Mr.Owl & Mr.Bunny
Fid, terima kasih sbb saaaaaabar menunggu..hihi

09 April 2013

Homeschool Activity : Item Classification

idea aktiviti ni muncul ntah dari mana

tiada sumber rujukan tertentu

temanya guna aje ape yang ada.hiks

item diperlukan :

gunting
gam
 2 kertas kosong
katalog (giant, tesco, guardian etc.)

cara-caranya :

si ibu tolong tulis kategori yang dikehendaki di kertas kosong

kalau anak dah pandai menulis boleh suruh anak je tulis

kategori tu boleh jadi apa2 pon

buah, kenderaan, toileteries, makanan (asalkan ade bendanya dalam katalog tu)

contoh yang saya dan anak buat adalah kategori IBU dan AYAH


saya minta syakir kelaskan item dalam katalog ikut kepunyaan ibu atau ayahnya


syakir akan gunting dan gam item yang dipotong ikut kategori tadi
 

ini antara barang kepunyaan ayahnya pada fikiran syakir


syakir buat dengan penuh minat


taraa....


itulah hasil kerja syakir dan ibunya

semuanya nampak relevan dengan realiti..hihiih

 good job syakir!!!

08 April 2013

How TV influence my kid

Ibu  :  what is your name? My name is....

Syafiq  :  syafiq zikry bin syarifuddin

Ibu  :  how old are you? I am....

Syafiq  : ..... 4 you....

*dang!!!!*

Tak paham?!!

I am 4 U lagu patriotik yang dok kumandang kat tv dan dalam komuter tu..stress mak nak..


04 April 2013

kegilaan baru

ye, saya punya kegilaan baru

kegilaan baru saya adalah mengait patung burung hantu @ owl

biasanya bila saya gilakan buat sesuatu saya akan buat lagi, buat lagi dan buat lagi tanpa rasa jemu

macam sebelum ni saya gila mengait baju dan lain2

bila gila buat benda baru saya tinggalkan gila yang lama

terima kasih kepada tuan punya blog yang bagi tutorial yang sangat jelas dan terang

boleh lihat di SINI

org putih ni mmg kreatip2 belaka

suka den skodeng blog2 diorang


ini hasil yang pertama 

tang mata dan hidung tak bape cantik


ini hasil ke-2

nampak lebih kemas kan

 
saya alter skit yang pertama tadi

sukaaaaa sgt!!!

 
dan ini adalah kegemaran syafiq

dan dan kegemaran saya jugak!!!


tgk, berkepit je ngan Mr. Owl

sebenarnya ada beberapa ekor lagi yang dah saya buat

tapi sbb malas nak transfer gamba

itu ajelah yang dpt ditunjukkan
 
lepas ni nak buat rabbit plak macam gambar di bawah


 cute kan??!!!!!

03 April 2013

Homeschool Activity : Caterpillar Paper Chain

aktiviti ini inspired by Mamahomeshool

masa google2 terjumpa di SINI


aktiviti simple ini boleh develope fine motor skill anak2

apa itu 'fine motor skill'?

ok saya, brief secara general hasil google definasi motor skill ye

ikut pemahaman saya, motor skill bermaksud perbuatan/pergerakan yg terhasil daripada pergerakan muscle

dan motor skill itu terbahagi kepada 2 jenis 

pertama, gross motor skill iaitu melibatkan pergerakan tangan, kaki atau keseluruhan badan yang menggerakkan muscle yang lebih besar

contohnya, berjalan, berlari, berenang, merangkak..etc.

kedua, fine motor skill iaitu pergerakan kecil yang melibatkan pergerakan muscle yg sedikit di tapak tangan, jari, pergelangan tangan, tumit, bibir dan lidah

contohnya, memegang sudu untuk makan, memegang pensil untuk menulis, mengutip barang menggunakan ibu jari dan jari telunjuk..etc.

untuk aktiviti membuat caterpillar paper chain, ia melibatkan beberapa fine motor skill iaitu, memegang dan menggunting kertas, picit gam untuk melekatkan kertas dan memegang pen untuk melukis mata dan mulut caterpillar

sebenarnya inilah kali pertama syakir dibenarkan memegang gunting

biasalah, mak yang risau terlebih

patutnya diusia lebih awal anak2 dah boleh didedahkan dengan skill ni

yang penting mesti di bawah pengawasan ibu bapa

untuk syakir, better late than never kan abang..

untuk kali pertama memang nampak kekok sangat syakir pegang gunting

tapi selepas beberapa kali beraktiviti alhamdulillah..syakir dah pandai menggunting kertas ikut line (proud ibu!!)



  
gambar di atas adalah aktiviti pertama kami buat caterpillar

ibu die yg banyak tolong sebenarnya

tak cantik mana pon

itu tak penting, yang lebih penting syakir learns something drpd aktiviti ini

so ibu2, jom cuba!!


29 March 2013

Mr. Owl

      I'm in love with you, Mr. Owl..