10 February 2012

When & How To Potty Train Boys

ok kita sambung lg pasal potty train

walaupon saya blom berjaya lg free diapers anak, tapi kita share ape yg patut ye

sekurang2nya utk rujukan saya di masa akan dtg
Align Center
saya ade sorang lg anak teruna..hihih

When should I start thinking about potty training?
kebanyakan anak bersedia utk potty train di usia atara pertengahan 2 thn ke 3 thn. bagi anak lelaki mungkin lebih lewat dr itu. mengikut kajian 50% boys are trained by age 3, manakala 66% girls are trained by age 3. (maksudnya tak la terlewat sgt saya train syakir kan..hihi..cuba membela diri lagi bila ade peluang)

When will I know my child is ready to potty train?
anak yg sudah bersedia utk potty train biasanya sedikit demi sedikit akan memberi sign atau tanda yg die sudah ready to be a big boy. antara tanda2nya :

1. si anak akan bagitau yg diapers kotor atau sudah penuh (syakir ade bg sign ni)

2. si anak akan bagitau sebelum atau sedang nak pee atau poo walaupon sedang pakai diapers (syakir akan bgtau bila die poo poo je..kalau pee senyap je..tp itu dikira sign jugak ye..)

3. diaper si anak kering dlm tempoh 2 jam, maksudnya die tidak pee atau poo dalam tempoh 2 jam itu. (saya perasan makin besar syakir mmg kurang pee walaupon minum air yg banyak..rupanya itu salah satu sign..)

4. si anak tidak pee sepanjang malam. atau kata lain diaper kering bila bangun pagi (sign ni syakir takde.setiap pagi penuh..hihi)

5. si anak menunjukkan minat kpd toilet dan seluar dalam (saya telah belikan syakir seluar dalam yg ada karaktor kartun yg die minat.die mmg eksited..tp mula2 je :( )

6. si anak akan buka diaper nye sendiri bila dia rasa tidak selesa walaupon diaper masih tidak penuh lagi. mungkin die geli kan (yes, this is an obvious sign to notice by parents)

7. si anak akan memberikan memek muka ketika pee dan poo.jika si anak blom bersedia die tidak akan perasan bila die pee dan poo.tau2 dah penuh kan? (make sense kan?)

8. anda perasan si anak akan lebih berdikari, semua perkara mahu dilakukan sendiri.
How long will it take?
ia bergantung kepada anak itu sendiri dan cara asuhan ibu bapa itu sendiri. tapi bagi kebanyakan kanak2 2-3 bulan sblm fully diapers free adalah perkara biasa. (harapnya syakir boleh berjaya sblm sampai 3 bln..uhuhuhu)
Simple tips how to potty train boys

1. Pilih masa yang sesuai utk full-time training. lebih baik jika waktu cuti dimana anda boleh melatihnya sepanjang hari. kalau boleh semasa training duduk shj dirumah tanpa keluar bersiar2 pd waktu itu.bukan ape, di rumah lebih senang dan selesa jika berlaku perkara2 yg tak diingini..hihih..tp inilah masalah utama saya sbb bila weekend je kaki ni gatal je nak berjalan. camno?usaha lagi ye ibu syakir..hihih

2. Bila tiba masa utk pee, jgn tanya anak anda samada nak pee atau tidak.sebaliknya bawa terus anak anda terus ke bilik air atau potty. kerana jika tanya biasanya jawapannya NO..ini mmg btol berlaku kpd syakir, bila ditanya nak pee atau tak mesti die jawab "tanak"..tau2 je bocor..hihihi..so, ibu2 perlu lebih prihatin dan rajin skit ye dalam proses melatih anak anda.

3. Biarkan si anak duduk di bilik air atau atas potty utk jangka masa 5 minit.mungkin akan terjadi pd anda, dlm tempoh 5 minit tu die takmau pee tp elok je keluar dr bilik air baru die pee..adoiiii..sabo banyak2 ye ibu2..hihihi..ambil masa skit utk die memahami.

4. Jika die tak pee jgk bawa die semula ke bilik air selepas 30 minit. jika die pee bawa semula after 1 hour.

5. Minum banyak air.bila die minum banyak air lebih kerap die akan pee..so lebih kerap anda boleh latih kan?

6. Pastikan anak anda memakai baju dan seluar dalam yg selesa dan senang dibuka dan pakai semula.

7. Jangan marah jika anak anda terbocor dimana2.(ini mmg akan selalu berlaku sblm die pandai). Terus cuci atau mop dan teruskan hari anda.(ini yang payah sebenarnya..sabar..).bukan ape, jika marah2 lain kali anak anda akan takut kpd kegagalan. dan seterusnya menggagalkan anda juga.

8. Berikan pujian setiap kali anak anda berjaya. tapai jgn lebih2 plak takut nanti si anak akan pressure dan akan rasa seperti mengecewakan anda bila tiba2 die ter'bocor'..

9. Pastikan die rileks atas potty. mungkin boleh nyanyikan lagu supaya die tidak stress dan rasa terpaksa.

10. Berikan ganjaran setiap kali die berjaya pee di bilik air atau potty.

11. Teruskan memakai diaper waktu tidur dan ketika waktu outing yg panjang.


itulah sedikit sebanyak panduan yg boleh dikongsi hasil research yg tak seberapa dan pengalaman yg saya tempuhi dlm tempoh ini

mungkin ada pengalaman sendiri yg boleh dikongsi bersama

good luck ibu2 and have fun!




No comments:

Post a Comment