29 March 2012

Daftar Haji - Done!!


tiada niat yg x baik atau ape2

entry ini hanya utk makluman bagi yg ingin tahu atau blom tahu

pernah story skit di ENTRY INI dulu

pasal daftar haji secara online

alhamdulillah kami sekeluarga (saya, suami, syakir dan syafiq) telah mendaftar haji

tapi kami daftar di kaunter (kebetulan ade urusan di sana)

dan saya nak update di sini

tempoh menunggu selepas mendaftar telah meningkat kepada 36 tahun

dan tahun giliran kami adalah pada tahun 2048

bila kira2 masa tu dah umur saya 66 tahun

ohhh tidak...dah lewat sgt

tapi menurut pegawai tabung haji tersebut, jika sudah bersedia bleh buat rayuan pergi awal

(fuhhh..lega dengar)

so, disarankan kepada yg blom daftar silalah daftar secepat mungkin

lepas ni tak tau bape tahun plak nak menunggu

syaratnya masih sama, mempunyai akaun TH dan minima simpanan RM 1,300.00

dan menurut pegawai TH lagi, individu yg mencarum di KWSP juga boleh mendaftar

dengan membawa salinan penyata KWSP semasa mendaftar

ini alternatif bagi individu yg rasa sayang/ takut ada emergency nak pakai duit RM1,300.00 dlm akaun tu

sbb once mendaftar, simpanan RM 1,300.00 itu akan dibekukan

so, xde alasan utk tidak mendaftar kan?



28 March 2012

Permaisuri Resort, Port Dickson..real punye!!

Align Center
seperti yang dimaklumkan sblm ni

akhirnya sampai jgk Permaisuri Resort yg disebut2kan tu

tanak buang masa jom review pasal hotel ok

copppp!!! sblm tu nak bgtau

ni review dr kaca mata org yg sederhana2 je tastenye

so mungkin yg tinggi tastenye mempunyai pandangan yg berbeza

anda lihat, anda nilai ok!

kami duduk di apartment 1 bilik

sebenarnya utk keluarga kecil kami ni apartment ni terlalu besar

sepatutnya studio room dah memadai

tapi disebabkan perbezaan harga 20 hinggit je kami pilih apartment

bleh jgk anak2 berlari2 dgn bebasnya

3 gambar di atas adalah hall

kat hall tiada aircond cuma ada kipas

dapur, ade fridge dlm kabinet tu

room..besar kan?

besar sgt smpai nampak kosong je bilik ni

bilik ade aircond yer

bleh rasa aircond smpai ke hall kot

toilet

swimming pool view from our room


overall view

oh, all rooms are facing the beach tau

the best part was the swimming pool kot

sbb kami check in hari ahad so takde org sgt kat hotel tu

ibarat kolam ini ana yg punya la kan....


bila rasa badan dah kecut bleh jemur badan di pantai plak

sambil si anak main bola

si ibu bleh baring di pondok yg disediakan

ohh..so relaxing..

overall, rasa puas hati je dgn hotel ni

we pay less, but we get more!!

so, who cares with small2 things like no bath tab, no carpet, no extra pillow and no no no etc..

even, 5 star hotel pon not perfect kan

ini kan plak hotel yang....bape bintang ek?ntah..

i think, i will come back here one day..

with a larger family

insyaAllah...


p/s : satu yg tak best, kenapa semua kedai makan kat PD tak sedap???!!! ke mmg mcm citarasa org PD mcm tu??sorry to say la...


27 March 2012

Desperate Housewive Season Finale

alaaaaaaaaaaaa....

dah finale dah ke...

dah le ter'miss' 1st episod last week

kpd peminat2 desperate housewive jgn lupa layan ye

setiap selasa pukul 10.30 mlm

mlm ni episod ke-2


season finale tu yong!!!


22 March 2012

Aqiqah di Kemboja

cerita ni dah lama

tapi rasanye tak terlambat nak berkongsi kot

kami suami isteri telah sepakat utk membuat Aqiqah kedua2 anak teruna kami di Kemboja

dan alhamdulillah kami telah laksanakan

tiada majlis atau kenduri aqiqah yg meriah dilakukan cuma sedikit doa selamat dikalangan saudara mara

memandang rezeki kami mendapat 2 anak teruna

maka setiap seorang kami tumbangkan 2 ekor kambing

utk anak pertama kami, syakir, seekor disembelihkan di Ipoh dan daging dimasak oleh opahnye sendiri bersama nasi

siap dibungkus di dalam polisterin dan disedekahkan kepada penduduk kampung

manakala lagi seekor kami aqiqah di Kemboja utk disedekahkan pada anak2 di madrasah di Kemboja

berbeza dengan anak kedua, syafiq, kami buat aqiqah kedua2 ekor kambing di Kemboja

kami pernah menonton Majalah 3 suatu ketika dahulu tentang daifnya anak2 di madrasah di Kemboja, yang jarang dapat makan daging

ada di antara mereka yg hanya makan daging setahun sekali semasa sambutan hari raya korban sahaja

itupon hasil sedekah daripada daging korban/aqiqah oleh pihak yang prihatin

jadi kami suami isteri sepakat utk membuat aqiqah anak2 kami di sana melalui wakil yg bertauliah

dengan harapan semoga aqiqah yang kami buat utk anak2 kami mendapat keberkatan dr Allah

suami saya menguruskan urusan Aqiqah ini dimana die perlu bertemu dengan wakil yg akan ke Kemboja membawa hasrat kami

memandang suami bekas student UIA, die telah memilih utk menggunakan khidmat dari salah seorang Ustaz di UIA untuk urusan Aqiqah ini

setelah akad dan membuat bayaran, semua proses aqiqah akan diuruskan oleh ustaz tersebut

yang menariknya, kami diberi sijil penghargaan tanda terima kasih daripada pihak Kemboja

dan di sijil tersebut turut dinyatakan nama madrasah yang menerima daging aqiqah kami itu

ini adalah sijil yg diterima utk aqiqah syafiq

setiap ekor kambing disedekahkan ke madrasah yg berbeza

terbayang2 muka happy anak2 di madrasah tu dpt makan daging

alhamdulillah...


p/s : kecewa dengan sesetengah rumah anak yatim di Malaysia yang demanding..nak sedekah baju terpakai yg masih elok tapi ditolak mentah2..siap demand nak baju baru..dan ade juga yg membuang makanan yang disedekahkan oleh individu tertentu kerana terlalu banyak sgt dpt makanan yg disedekahkan.lebih baik sedekah kpd yg btol2 memerlukan

20 March 2012

ke PD kite yeop!!!

sbb si ayah nak ngabiskan cuti tahunan thn lepas yg expired bln ni

si emak perlu merancang sesuatu supaya cuti tak dibazirkan dgn melepak kat umah je

si emak plak malas nak pikir banyak2, destinasi percutian mestilah berhampiran shj

yg terhampir kompem la PD je ye dak

belasah je la, PD pon PD la janji dpt jalan2

bajet pon tak berapa nak ade so kita cari la hotel yg ala-ala je

terus mencuba nasib mem'booking' di Permaisuri Resort, PD

pernah cerita dulu kat SINI tapi tak pernah sampai lagi

ni la baru berpeluang nak melawat tapak

and alhamdulillah, rezeki kami dapat harga murah giler

apartment 1 bilik = RM 88.60 je!!!!

macam mane nak dpt harga mcm tu???

syarat wajib nak dpt harga tu mesti la anda salah seorang GOVERNMENT SERVANT ye

pastu bleh download borang di BPH

isi borang dengan lengkapnya

dan fax ke Permaisuri Resort di no 06-6621559

tunggu surat pengesahan booking dr pihak hotel

buat bayaran dlm tempoh masa yg diberikan

dan fax semula surat pengesahan booking bersama resit bayaran

SETEL...

mudah bukan???!!!

tapi nak dpt harga murah ade kuota2 tertentu

kalau weekend tu susah skit unless booking awal giler la

so rancang percutian anda wisely ok!


pinjam pic ye awk!


see u next week Permaisuri Resort!

16 March 2012

Angan2 pagi Jumaat

baru entry kedua untuk bulan Mac

ntah, sbb takde ape nak story kot

project crochet pon tak siap lagi nak tayang

tu yg dok diam2 je

entry hari ni pon bukan entry ber INFORMASI

saje nak ajak kamu, kamu dan kamu berangan bersama

berangan tentang apa?

"kalau aku dapat RM 1 juta, aku nak...."

mesti sebelum ni kamu, kamu dan kamu dah pernah berangan perkara yg sama

tapi jom la berangan lagi s
ama2

bukan kena bayar pon

tak kisah la 1 juta tu dtg dari mana

menang rancangan money drop ke, menang peraduan teka
silangkata ke, menang peraduan stesen minyak ke, ade orang bagi ke, janji halal....

ok, lets start with my version of berangan

No. 1 : nak bawak mak dan adik beradik semua gi umrah/haji

No. 2 : nak beli rumah corner lot (banglo tak dpt kat kl ni..)

No. 3 : nak repair rumah mak

No. 4 : nak gi makan angin ke turki dan borong benang kait yg cantik2

No. 5 : nak setel hutang belajor

No. 6 : nak beli gadget cangih manggih i.e ; handphone, tablet etc

No. 7 : nak beli mesin jahit dan mesin j
ahit tepi (industri)

8. nak beli 1 unit kedai untuk disewakan


ahahhaha, macam tak cukup je 1 juta punye
angan2



08 March 2012

purple hat with flowers

sekarang ni hujan je tiap petang berlarutan sampai malam

macam hari ni plak sambung sampai ke pagi

dengar citer ade area kl yg banjir kilat

adekah ini semua petanda dr Allah?

Subhanallah...

utk harini taknak celoteh panjang

cuma nak share ape yg saya buat lately

ape lagi kalau bukan hobi mengait tu kan

kali ni masih buat topi cuma design yg berbeza

ade kawan yg request utk babynye


seminggu lebih jgk baru siap topi sekecil ini

kalau topi org dewasa mesti sebulan baru siap

hadoiii..memang tak buat la kan..

oklah, gtg

kita kerja dulu...