09 March 2011

A' Famosa Resort (13-14 Feb 2011)

citer ni dah basi tp nak citer jgk

seperti yang dirancang sblm ini

Hamidah's Family Day @ A'Famosa Resort telah berjaya dilaksanakan

walaupon terdapat sedikit masalah teknikal dan kelewatan di awal perjalanan

kami selamat jgk smpai ke tempat yg nak dituju

biase la kan bila dah gerak ramai2 ni timing mesti lari punye

plus bwk bdk2 kecik kan

our meeting point sepatutnya kat R&R Seremban

disebabkan kakak aku terlajak kami berkumpul di R&R seterusnya (lupa namanye) untuk lunch

mak aku dah masak siap2 utk mkn lunch

pas perut dah kenyang kami meneruskan perjalanan

tiba di resort dlm kul 4.30 ptg

terus check in

sblm tu sesat jgk cari villa ni

tak sangka tanah resort ni besar giler

kawasan villa plak terletak kat hujung tanjung

jauh gak dr main entrance

ini la rupa villa kami

pandangan hadapan villa


ruang tamu


pintu masuk & ruang makan


dapur


bilik family aku (2 katil queen size)

villa ni ada 4 bilik

2 x 2 queen size bed & 2 x 2 super single bed + TV


private swimming pool (belakang villa)

setiap villa ada swimming pool

kedudukan pool berbeza utk setiap villa

tapi kolam ni dalam tau

bdk2 perlu di bawah pemerhatian

gambar di atas ketika air kolam masih tenang

smpai je villa bdk2 semua excited nak masuk kolam

pas tukar baju semua terjun masuk air


syakir sedia beraksi


semua dah masuk dalam air


syakir's cousins..seronok tol bdk2 ni


syakir belajar swim ngan babah (my brother)


ni sesi swimming keesokan harinya plak

adik syafiq pon tak ketinggalan

mlm tu kami ke bandar melaka

jalan2 cari makan

makanan dlm resorts tu mahal sgt

lepas mkn kami jalan2 di bandar melaka

seronok plak jalan mlm2 ni

org tak ramai bleh berlari2 atas jalan

tgk tempat2 bersejarah

kami jgk sempat naik "River Cruise"

naik boat melalui sg melaka

best jgk sbb pemandangan waktu mlm mmg cantik

siap ade pasang tape suara explain pasal sejarah building2 sepanjang sungai tu

aku mmg rekemen korang naik boat ni

tak mahal pon

dewasa =RM10, kanak2=RM5



gambar atas boat..tak clear sbb guna camera phone je

pas naik boat jalan2 lg tgk replika kapal kat mlk tu

tp gambar takde plak

dlm kamera sape ntah

kul 12 mlm baru kami gerak balik resort

perjalanan dr resort ke bandar melaka agak jauh jg dlm 45 minit

kalu korang ade bajet lebih bleh je join aktiviti dlm resort

tapi mmg mahal la tiket nak masuk

esoknya sesi ke-2 swimming pagi tu

breakfast ade disediakan tp utk 8 org je

dinasihatkan kalu korang dtg ramai bawak la bekalan makanan lebih skit

kul 1 kami checkout

terus gerak ke zoo melaka plak

gambar ke zoo ade tp aku malas dah nak tepek

next entry plak

aku pon dah penat nak mengarang

ni pon amik masa 3 hari nak taip entry ni

itu je la aktiviti kami di melaka

mungkin leh jd rujukan utk kome2 yg teringin nak gi sini

selamat cuti2 malaysia!!


No comments:

Post a Comment